Leave a comment

Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak

Dinar n Dirham PG

Apakah Dinar Emas dan Dirham Perak Itu?

Berdasarkan Undang-undang syariah Islam …

  1. Dinar Emas Islam memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram.
  2. Dirham Perak Islam memiliki kadar perak murni dengan berat 3.0 gram.

Khalifah Umar ibn Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing:

“7 dinar mesti bersamaan dengan 10 dirham.”

 

Wahyu menyatakan mengenai Dinar Dirham dan banyak sekali undang-undang yang berkaitan dengannya seperti zakat, perkahwinan, hudud dan lain sebagainya. Sehingga dalam Wahyu Dinar Dirham memiliki tingkat realiti dan ukuran tertentu sebagai standard pengiraan (untuk Zakat dan lain-lain) di mana sebuah keputusan boleh diukurkan kepadanya berbanding dengan alat tukar yang lain.

Telah menjadi ijmak ulama sejak awal Islam dan pada masa para Sahabat dan Tabi’in bahawa Dirham menurut syari’ah adalah seberat 10 dirham.

Apa saja kegunaan Dinar Islam?

1)      Boleh digunakan sebagai simpanan, pelaburan penjaga nilai

2)      Boleh digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kahwin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari’ah Islam

3)      Boleh digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukar yang sah.

Kegunaan dari Dinar Emas dan Dirham Perak

Emas dan perak merupakan alat tukar yang paling stabil yang pernah dikenali oleh dunia. Sejak awal sejarah Islam sampai ketika ini, nilai dari mata wang Islam yang bersandar oleh mata wang bimetal ini secara mengejutkan sangat stabil jika dihubungkan dengan bahan makanan pokok:

Harga seekor ayam pada masa Rasulullah, salla’llahu alaihi wa sallam, adalah satu dirham; saat ini, 1,400 tahun kemudian, harga seekor ayam tetaplah satu dirham.

Selama 1,400 tahun nilai inflasinya adalah sifar

Dapatkah kita melihat perkara yang sama terhadap dollar atau mata wang lain selama 25 tahun terakhir ini?

Dilihat walaupun untuk jangka panjang, sistem mata wang bi-metal terbukti menjadi mata wang yang paling stabil. Ia tetap bertahan, di samping usaha daripada pelbagai kerajaan untuk mengubahnya menjadi mata wang simbolik yang diwakilkan oleh nilai nominal yang berbeza dengan berat yang dimilikinya.

Kebolehpercayaan

Wang emas tidak akan mengalami inflasi hanya kerana dicetak secara terus menerus; ia tidak akan dapat disahkan oleh sebuah peraturan kerajaan, dan tidak seperti mata wang nasional, wang emas merupakan sebuah aset yang tidak bergantung kepada janji siapa pun untuk membayar nilai nominalnya.

Mudah alih, mudah diterima dan tahap kerahsiaan dari emas adalah nilai tambah yang penting, akan tetapi lebih daripada itu sebuah fakta yang tidak dapat dielakkan adalah emas merupakan aset nyata dan bukan merupakan hutang.

Semua jenis aset kertas, seperti; surat hutang, saham, dan walaupun deposit bank adalah merupakan kenyataan janji hutang yang akan dibayar. Nilainya sangat bergantung kepada kepercayaan pelabur-pelabur bahawa janji tersebut akan dipenuhi. Sebagaimana yang telah dicontohkan oleh surat hutang sampah dan mata wang Peso Mexico, janji yang meragukan akan segera kehilangan nilainya. Emas tidaklah seperti ini. Sebentuk emas bebas daripada semua bentuk sistem kewangan, dan nilainya telah dibuktikan selama 5,000 tahun sejarah manusia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: