Leave a comment

Menunaikan Zakat

kedai emas

Para ulama mengajarkan kepada kita bahawa seluruh peruntukan syari’at yang berkaitan dengan harta dan transaksi muamalat (jual-beli, hutang-hutang, dan sebagainya), termasuk untuk zakat, hanya ditetapkan dalam ‘Nuqud’ yang bererti dinar emas atau dirham perak. Sampai saat ini, kita semua mentaatinya dalam menentukan nisab zakat mal dan zakat perniagaan, iaitu 20 dinar emas (sekitar 85 gram emas) dan 200 dirham perak (sekitar 600 gr perak).

 

Namun, ketika membayar zakat, mengapa kita abaikan syariatnya? Iaitu meninggalkan Dinar Emas atau Dirham Perak, dan menggantikannya dengan wang kertas (RM-Ringgit Malaysian, Dollar, Rupiah dan sebagainya)?

 .

Syari’at Zakat Seperti Difatwakan Oleh Para Ulama

Bagaimana Kedudukan Madhab Syafi’i?

Imam Syafie, dalam kitabnya Risalah, menyatakan:

Rasulullah, salallahu alayhi wa sallam, memerintahkan pembayaran zakat dalam perak, dan kaum Muslim mengikuti presedennya dalam emas, baik berdasarkan [kekuatan] hadis yang diriwayatkan kepada kita atau mengikut [kekuatan] qiyas bahawa emas dan perak adalah sukatan harga yang digunakan manusia untuk menimbun atau membayar komoditi di pelbagai negara sebelum kebangkitan Islam dan sesudahnya.

Manusia mempunyai pelbagai [jenis] logam lain seperti kuningan, besi, timbal yang tidak pernah dibebani zakat baik oleh Rasulullah, salallahu alayhi wa sallam, mahupun para penerusnya. Logam-logam ini dibebaskan dengan dasar [pada kekuatan] preseden, dan kepada mereka, dengan qiyas pada emas dan perak, tidak seharusnya dibebani zakat, kerana emas dan perak digunakan sebagai standard harga di semua negeri, dan semua logam lain boleh dibeli dengan keduanya dengan dasar kadar berat tertentu dalam waktu tertentu pula.

Bagaimana Kedudukan Mazhab Maliki?

Shaykh Muhammad Illysh, Mufti Al Azhar, pada 1900-an, mewakili kedudukan Madhhab Maliki, secara tegas mengharamkan wang kertas sebagai alat pembayar zakat. fatwanya:

Kalau zakat menjadi wajib kerana pertimbangan substansinya sebagai barang berharga (merchandise), maka nisabnya tidak ditetapkan berdasarkan nilai [nominal]-nya melainkan atas dasar bahan dan jumlahnya, sebagaimana pada perak, emas, biji-bijian atau buah-buahan.

Kerana bahan [wang kertas] tidak relevan [dalam nilai] dalam hal zakat, maka ia hendaklah dianggap sebagaimana tembaga, besi atau bahan sejenis yang lain.

Maksudnya, sama dengan kedudukan Imam Syafie, (wang) kertas disamakan dengan besi atau tembaga, hanya boleh dinilai berdasarkan beratnya, sedang nilainya harus disukat dengan nuqud (dinar atau dirham). Ketiganya terkena zakat hanya apabila diperdagangkan, dan tidak sah digunakan sebagai pembayar zakat.

Bagaimana Posisi Madhab Hanafi?

Imam Abu Yusuf, satu di antara dua murid utama Imam Abu Hanifah, dan pengasas Madhhab Hanafi, menulis surat kepada Sultan Harun Al Rashid, (memerintah 170H/786M-193H/809M). Ia menegaskan keharaman wang selain emas dan perak sebagai alat pembayaran zakat. Ia menulis:

Haram hukumnya bagi seorang Khalifah untuk mengambil wang selain emas dan perak, iaitu syiling yang disebut Sutuqa, dari para pemilik tanah sebagai alat pembayaran kharaj dan ushr mereka. Sebab walaupun syiling-syiling ini merupakan syiling rasmi dan semua orang menerimanya, ia tidak dibuat dari emas melainkan tembaga. Haram hukumnya menerima wang yang bukan emas dan perak sebagai zakat atau kharaj.

Apa Kesimpulannya?

Dari pelbagai fatwa hukum para imam madhhab di atas sangat jelas bahawa zakat harta dan perniagaan tidak boleh dibayar kecuali hanya dengan Dinar Emas atau Dirham Perak.

Bagaimana Cara Menghitung dan memberi zakat dalam Dinar-Dirham?

Jika Anda memiliki harta wang kertas atau turunannya (deposit, saham, cek, dan sebagainya), mestilah anda takar nisabnya dengan Dinar atau Dirham. Harta yang dikira hanyalah yang telah memenuhi haul-nya, yakni disimpan selama setahun. Nisab zakat mal adalah 20 dinar emas atau 200 dirham perak. Zakat adalah 2.5%-nya.

Kewajipan zakat 2.5% dari jumlah keseluruhan harta anda yang telah tersimpan selama setahun tersebut kemudian ditukarkan dengan salah satu mata wang syar’i ini, Dinar Emas atau Dirham Perak. Dengan Dinar Emas atau Dirham Perak inilah baru anda boleh membayar zakat.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: