Leave a comment

Sejarah Dinar Emas Dan Dirham Perak

dinar sunnah

Dinar Dan Dirham Matawang Rasmi

Pada zaman awal penggunaan syiling emas dan perak, masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan dinar emas ‘Heraclius Byzantine’ yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak ‘Sasaniyah’ (salinan daripada Yezdigird III dari Sassania) dari bangsa Parsi di Iraq.

Ketika itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam dan luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk.

 

Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad salallahu alayhi wa salam (S.A.W.) dipilih sebagai Rasul. Dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Sejak bermulanya era ketamadunan Islam inilah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham.

Kalimah ‘Basmallah’ Khalifah Uthman r.a

Pada tahun 18 H atau 20 H, Khalifah Uthman r.a telah menambah pada syiling dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan Arab yang tertera Kalimah ‘Basmallah’. Sejak dari itu tulisan ‘Basmallah’ dan sebahagian dari ayat Al-Quran telah menjadi suatu perkara yang biasa ditemui pada duit syiling yang dicetak oleh orang-orang Islam.

Piawaian Khalifah Umar ibn al-Khattab

Pada zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab, tulisan khat Kufi seperti ‘Bismillah Rabbi’ dan ‘Alhamdullillah’ serta sesetengahnya ‘Muhammad Rasulullah’ yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Khalifah Umar ibn al-Khattab turut menetapkan standard piawaian berat duit syiling 10 Dirham sama dengan 7 Dinar (1 mithqal) dan piawaian ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Bani Umaiyyah Perntis Cetakan Dinar Dan Dirham

Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) iaitu pada zaman Bani Umaiyyah, Khalifah Abdal Malik bin Marwan memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara rasmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Beliau juga memerintah bagi menamatkan cetakan dengan gambar wajah manusia dan binatang dari duit syiling dan menggantinya dengan huruf-huruf.

Khalifah Abdal Malik mengingini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi. Beliau turut memerintahkan pada tiap duit syiling yang dicetak terdapat tulisan: ‘Allahu Ahad, Allahu Samad’.

Pada tahun 76 H muncullah hasil cetusan idea Khalifah Abdal al-Malik bin Marwan Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bulat, dan tulisan yang dicetak di atasnya mempunyai susun atur yang melingkar.

Lazimnya di sebelah permukaan syiling terdapat kalimah ‘Tahlil’ dan ‘Tahmid’, iaitu, ‘La ilaha ill’Allah’ dan ‘Alhamdulillah’ manakala pada sisi lainnya terdapat nama ‘Amir’ (pemerintah) dan tarikh pencetakkan. Pada zaman-zaman seterusnya telah menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan selawat kepada Rasulullah salallahu alayhi wa salam dan kadang-kala ditulis ayat-ayat Quran.

Dinar Dan Dirham Melangkaui Ketamadunan

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama.

Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.

Syiling emas dan perak menjadi mata wang rasmi hingga jatuhnya zaman kekhalifahan. Sejak ketika itu, berdozen-dozen mata wang dari beberapa negara dicetak di setiap negara era pasca kolonialisme di mana Negara-negara tersebut merupakan pecahan dari Dar al Islam.

Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.

Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Malaysia Kembalikan Kegemilangan

Berkat pengalaman ekonomi global yang merudum pada 1985 dan 1997, Dr.Mahathir (Mantan Perdana Menteri Malaysia) telah menggesa dunia Islam menggunakan dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 dikembalikan kegemilangannya dalam urusniaga. Dan Bank Negara Malaysia telah mula mengeluarkannya sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.

Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan  serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia.

Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa seperti Gorge Soros bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Sejarah telah membuktikan berulang kali bahawa wang kertas telah menjadi alat penghancur dan menjadi alat untuk melenyapkan kekayaan Umat Islam. Perlu diingat bahawa Undang-undang Syariah Islam tidak pernah membenarkan penggunaan surat janji pembayaran menjadi alat tukar yang sah.

~EmasMercu~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: